Cara penjagaan kain langsir

May 9, 2009 at 1:02 am Leave a comment

Langsir selalunya diabaikan di kebanyakan rumah. Anda mungkin tidak sedar bahawa langsir harus dibersihkan lebih kerap daripada yang di sangka.

Perangkap habuk dan debu

Langsir yang merupakan pemisah antara bahagian luaran dan dalaman selalunya  akan dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu.  Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar.  Habuk halus dapat melalui ruang dan rongga kecil walaupun semasa tingkap di tutup,

Langsir juga memerangkap habuk yang datang dari siling dan kipas. Semasa kita membersikhan rumah, habuk akan beterbangan dan melekat pada kain langsir.  Apabila mengambilkira kesemua faktor ini, barulah kita sedar bahawa betapa pentingnya mencuci langsir dengan kerap.

Cucian Mingguan

Ianya boleh dilakukan semasa membersihan rumah di hujung minggu dengan cara ‘dusting’ dan vakum samada dengan menggunakan bulu ayam, kain perangkap debu (dusting cloth) dan pembersih vakum.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diambil kira:

  • Mulakan dengan bahagian atas langsir dan bergerak ke bawah supaya debu terjatuh di bahagian yang belum di bersihkan.
  • Fokuskan pada bucu dan lipatan yang paling banyak memerangkap debu.
  • Jika menggunakan kain lembab, pastikan langsir di vakum terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya kotor.  Kain lembab tidak digalakkan pada langsir yang berwarna cerah.
  • Adalah mudah untuk vakum langir yang digantung.
  • Pastikan langsir di vakum di kedua-dua belah.

Cucian Kering

Sila ikut arahan bagi langsir yang memerlukan ‘cucian kering’.  Cucian kering juga disyorkan bagi langsir yang mempunyai aksesori seperti manik atau kristal.

Cucian Mesin

Membasuh menggunakan mesin basuh adalah cara yang paling mudah dan cepat.  Terdapat beberapa tip untuk mendapatkan hasil yang bagus:

  • Pertama, anda harus membasuh langsir menggunakan pusingan yang perlahan  (delicates cycle).  Walaupun kebanyakan langsir adalah fabrik tebal dan boleh menahan pusingan yang berat (heavier cyle), namun  Fibre Langsir biasanya lemah apabila terkena pancaran matahari.
  • Sekiranya kain terlalu kotor, bolehlah basuh menggunakan air suam.  Jika tidak, adalah terbaik untuk membasuh menggunakan air sejuk bagi mengelakkan kain mengecut dan pudar.
  • Jika langsir berwarna gelap, adalah disarankan untuk menggunakan serbuk pencuci yang tidak melunturkan warna.

Entry filed under: Kayla Curtains. Tags: .

Cara untuk mengukur saiz langsir Box Pleat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Calendar

May 2009
M T W T F S S
     
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Most Recent Posts


%d bloggers like this: